Tuesday, April 28, 2009

Coretan Kejayaan



           Memang bangga melihat anak-anak didikan kita berjaya.Itulah yang terjadi.Setelah penat melatih mereka,akhirnya segala penat lelah tersebut dibalas dengan kejayaan. Sempena Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) peringkat bahagian Sri Aman, pasukan e-PPDa SMK Engkilili dibawah bimbingan saya sendiri telah berjaya mendapat Naib Johan. Pasukan kami cuma kalah 4 mata dengan SMK St.Luke yang rata-ratanya terdiri daripada peserta yang berpengalaman. Namun kejayaan itu sudah cukup untuk membuktikan yang pasukan SMK Engkilili mampu pergi jauh sekiranya diberi latihan yang efektif dan berkesan.

Tema e-PPDa 2009: "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"

Monday, April 27, 2009

Perekaan Imej

Distortion

Proses pengubahan(transformasi) imej asal kepada satu imej yang baru.

Sunday, April 19, 2009

Asas Foto–Teknik Fotografi

Landskap

  1. Imej foto yang mempunyai sudut pandangan yang luas.
  2. Mempunyai bigger depth of field.
  3. Ditentukan secara auto melalui mod/ butang kawalan kamera bukan atau secara manual dengan mengawal bukaan aperture yang lebih kecil (f/ 16 keatas).
  4. Penggunaan lensa wide angle atau telefoto juga boleh memberi kesan lanskap :
  • Waktu pagi atau petang adalah sesuai kerana sudut cahaya matahari ketika ini menonjolkan   kesan warna dan tekstur yang lebih baik dan dramatik pada subjek.
  • Perhatian perlu diberi pada aspek komposisi dan viewpoint.




Wednesday, April 15, 2009

Contoh Animasi Mudah

Asas Grafik Berkomputer

Rekaan grafik banyak di manfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persebahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam dentuk bercetak,persebahan elektronik mahupun digital.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?

  • Bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan,lakaran,contangan,perkataan,simbol dan gambaran.
  • Gambaran bukan fotografi,dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej,fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.




















2. Bagaimana bayangan wujud?

  • Apabila sesuatu objek terkena pancaran sesuatu sumber cahaya, bahagian objek yang terlindung akan membentuk bayangan.

Google